Home  Teams  SMK St John Tuaran   Guest (guest) | Sign-in  

Proposal projek

Project Proposal

2009-07-01 07:02:02

SMK ST JOHN, TUARAN

Project Proposal

1. Tajuk Projek 

 "PROTECT US IN CYBERSPACE"  atau singkatanya "Pro-Cybs".

Projek kami ialah  “ PROTECT US IN CYBERSPACE” merupakan satu projek yang dikemukakan kepada pihak Maxis Cyberkids Camp 2009 Peringkat Negeri Sabah.

 

2. Pengenalan Projek

Sempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Informasi Masyarakat Tahun 2009 pihak kami mengemukakan satu projek yang difikirkan dapat memberikan manfaat kepada genarasi muda untuk menghadapi era ICT yang kian mencabar. Pihak kami menamakan projek ini sempena mengambil tema Hari Telekomunikasi dan Informasi Masyarakat Tahun 2009, iaitu “ PROTECT OUR CHILDREN IN CYBERSPACE” atau ”Melindungi Anak-anak di Alam Siber” yang kemudiannya diubah suai kepada “ PROTECT US IN CYBERSPACE ”  atau singkatanya “Pro-Cybs”

 

3. Tujuan Projek

Secara umumnya, memang kanak-kanak adalah golongan yang mudah terdedah kepada bahaya internet dan ruangan siber.

Tujuan kami memilih projek ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar sekolah supaya mendapatkan pengetahuan tentang kebaikan berinternet, etika dan ancaman internet atau ruangan siber jika disalahguna atau kurang pengetahuan di samping memberikan pendedahan kepada mereka untuk lebih bertanggungjawab dan berhati-hati sebagai langkah prevensi.

Projek ini juga melibatkan PIBG agar ianya dapat  dikongsi bersama-sama oleh ibu bapa untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini melindungi kanak-kanak di alam siber.

 

4.Visi Projek

Melalui projek  ini, kami berharap dapat membina satu blog yang dapat diakses oleh setiap orang, menyediakan sebuah papan buliten “Pro-Cys” (massage board) di sekolah, mengadakan pertandingan mencipta multimedia presentation berkaitan tajuk projek (Video Clip / Powerpoint) dan membina ’online quiz’ berkaitan pengetahuan mengenai cara-cara menghindari ancaman kepada bahaya internet dan ruangan siber.

 

5.Objektif Projek

  • Memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang faedah berinternet
  • Memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang etika berinternet
  • Memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang ancaman internet / ruangan siber.
  • Menanam sikap bertanggungjawab dan beretika di kalangan para pelajar ketika melayari internet.
  • Menanam sikap berwaspada ketika berinternet

6. Komuniti Sasaran

Komuniti sasaran untuk projek ini ialah pelajar-pelajar sekolah, guru-guru dan ahli-ahli PIBG.

 

7. Struktur Projek:

7.1) Mengadakan mesyuarat AJK pelaksana selepas perkhemahan

7.2) Mengadakan penyelidikan internet dan temu ramah mengenai projek

7.3) Memilih badan-badan lain selain Maxis yang boleh dilibatkan untuk menyertai projek ini (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Panasonic-KWN Project, PPD Tuaran, PDRM, PIBG dll)

7.4) Menyediakan blog, papan buliten, online quiz berkaitan projek

7.5) Mengadakan pertandingan di kalangan pelajar – video clip & mulitmedia presentation – powerpoint

7.6) Hari Cyberkids di peringkat sekolah – Cyberkids Protect Us In Cyberspace. (ucapan perasmian, pameran ancaman dan cara menangani ancaman ruang siber, penyampaian hadiah pertandingan, cyber games  dll) Pihak yang dilibatkan ialah MAXIS, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, PPD Tuaran, PDRM, PIBG dll)

 

8.Bajet

Web hosting                   -           RM250.00

Papan kenyataan          -           RM150.00

Banner                            -           RM250.00

Hadiah-hadiah              -           RM500.00

Lain-lain                         -           RM100.00

JUMLAH                         -           RM1500.00

 

9.Harapan

     Kami mengharapkan agar projek kami dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif murni kami untuk melindungi rakan-rakan kami dari ancaman internet dan ruangan siber serta menjadikan semua pelajar serta rakan-rakan dari sekolah lain lebih bertanggungjawab dan beretika semasa menggunakan ICT demi kebaikan bersama dan masa depan kita.          

 

10.Kesimpulan

     Melalui projek ini, pelajar akan dapat dilindungi dari sebarang ancaman siber. Projek ini juga dapat mengurangkan indeks jenayah siber dan membantu kerajaan untuk mempromosikan Hari Telekomunikasi dan Informasi Masyarakat yang disambut setiap 17 Mei.

http://www.itu.int/wtisd/index.html

 http://www.cybersecurity.org.my/en/knowledge_bank/papers/papers/ main/detail/183/index.html

 http://noorhidayat.com/melindungi-anak-anak-di-alam-siber/

This site is best viewed using Microsoft Internet Explorer 7.0 or higher, and Mozilla Firefox 3.0 or higher.
The views expressed on this site are the opinions of its content contributors and
in no way reflect the opinions of Maxis Cyberkids and Maxis Berhad.
Copyright © 2010 Maxis Berhad
Powered by