Home  Teams  SMK Sri Nangka   Guest (guest) | Sign-in  

Proposal

From Garden To Kitchen

2009-06-22 18:54:42

 Tajuk Projek

 

From Garden To Kitchen

 

Pengenalan

 

            Kebanyakan orang menganggap bahawa sayur-sayuran sebagai satu kategori tumbuhan yang sangat berbeza daripada pokok hiasan. Malah ada yang mengkategorikan sayuran sebagai tumbuhan herba. Apa yang tidak kita ketahui adalah sayuran ini juga berpotensi besar untuk dijadikan pokok hiasan sekaligus boleh digunapakai sebagai bahan makanan dan sumber pendapatan tambahan ekonomi kepada keluarga. Dari kesedaran itu maka kami telah memilih projek ini untuk dijalankan disekolah kami memandangkan kebanyakan pelajar datang dari kalangan petani dan nelayan yang berpendapatan rendah. Selain daripada itu sekolah juga telah mempunyai asas dari segi tumbuhan dan sayuran untuk diketengahkan dalam program ini. Projek ini juga dipilih kerana ianya mempunyai potensi untuk dijalankan bersama dengan komuniti setempat dimana masyarakat sekitar boleh menambahkan pengetahuan dalam pertanian sayuran hiasan.

Rasional

 

            Untuk memperkenalkan kepada masyarakat setempat tentang sayuran yang boleh dijadikan sebagai hiasan serta boleh mendatangkan pendapatan tambahan kepada keluarga. Selain daripada itu ianya juga adalah bagi mendedahkan pelajar tentang khasiat dan potensi sayuran dijadikan sebagai hiasan di kawasan sekolah.

 

                       

Visi

 

            Untuk mendedahkan pelajar serta warga sekolah amnya tentang potensi sayuran untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan dalam jangka panjang. Selain daripada itu ianya juga adalah untuk mengklasifikasikan jenis-jenis sayuran hiasan yang terdapat di sekolah dan kawasan sekitarnya.

 

Objektif Projek

 

1.         Untuk memperkenalkan kepada masyarakat setempat tentang sayuran yang boleh dijadikan sebagai hiasan serta boleh mendatangkan pendapatan tambahan kepada keluarga.

 

2.         Mendedahkan pelajar tentang khasiat dan potensi sayuran dijadikan sebagai hiasan di kawasan sekolah.

 

3.         Memperluaskan pengetahuan tentang jenis-jenis sayuran hiasan kepada pelajar dan masyarakat umum melalui pendekatan ICT.

 

 

 

Sasaran

 

            Sasaran adalah pelajar SMK Sri Nangka dan masyarakat setempat serta komuniti siber.

 

Belanjawan

 

            Belanjawan projek ini adalah berdasarkan keperluan semasa serta bergantung dengan sumber dari sekolah. Dianggarkan projek ini memakan belanja sebanyak RM2000. Ini adalah anggaran dari segi pembelian tanah serta bibit tumbuhan yang diperlukan. Selain daripada itu ianya juga akan bergantung dengan pelan landskap yang akan dibuat kelak.

 

Hasil yang diharapkan

 

            Diharapkan agar projek ini akan membuka mata dan minda pelajar serta masyarakat umum tentang potensi sayuran untuk dijadikan sebagai pokok hiasan yang mana boleh membantu menjana pendapatan keluarga serta perseorangan. Selain dari itu, diharapkan agar projek ini dapat menambahkan pengetahuan masyarakat tentang jenis-jenis sayuran yang boleh dijadikan hiasan. Menerusi projek ini juga kami berharap boleh menambahkan informasi kepada pengguna-pengguna ICT yang memerlukan maklumat yang lebih mendalam dalam Sayuran Hiasan.

 

Penutup

 

            Sebagai penutup kami berharap agar projek ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mengikut perancangan yang sepatutnya. Kami juga mengimpikan satu hasil yang boleh membawa manfaat yang besar kepada warga sekolah khususnya dan masyarakat siber amnya.

 !!

This site is best viewed using Microsoft Internet Explorer 7.0 or higher, and Mozilla Firefox 3.0 or higher.
The views expressed on this site are the opinions of its content contributors and
in no way reflect the opinions of Maxis Cyberkids and Maxis Berhad.
Copyright © 2010 Maxis Berhad
Powered by