Home  Teams  SMK Sri Nangka   Guest (guest) | Sign-in  

Laporan Pelancaran Projek

From Garden To Kitchen

2009-07-17 22:46:55

Laporan pelancaran Projek 'From Garden to Kitchen'

2009-06-30 10:06:07

 

Laporan pelancaran Projek 'From Garden to Kitchen'


Tarikh:   22 Jun 2009
Masa:    7.00 - 12.30 tgh

Tempat: Smk Sri Nangka, Tuaran


A. PENDAHULUAN

    Pelancaran Projek Maxis Cyberkids ('From Garden to Kitchen') SMK Sri Nangka, Tuaran, telah dilancarkan pada 22 Jun 2009 bersamaan dengan hari Isnin. Tarikh ini dipilih kerana ia serentak dengan Hari Koperasi Sekolah. Projek tersebut telah dirasmikan oleh pengetua sekolah Pn. Zubaidah Hj Ahmat. Pada hari tersebut, para pelajar telah menyaksikan penanaman cili sebagai simbol pelancaran projek tersebut. Turut bersama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua PIBG sekolah juga selaku wakil ibubapa. 

 


B. AJK KERJA


Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Pelancaran ‘cyberkids@Schools’

Penaung
Pn. Zubaidah Hj. Ahmat

Guru Penasihat
Cik Aerene Gabriel
Pn. Catherine Michael Staun
Pn. Vianey Julianus

Pengerusi
Syuhelvina Sintom

Naib Pengerusi
Rhap Imbul

Setiausaha
Magdalin Kassim

Naib Setiausaha
Raiha Ewanie

Bendahari
Vionnie Molison

Penolong Bendahari
Mohd Nor Azwan

C. TENTATIF PROGRAM

 

7.30am

-Ketibaan pelajar dan guru

7.35am

-Ketibaan Pengetua dan Pengerusi PIBG

7.40am

-Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Air ku, Lagu sekolah.

8.00am

-Ucapan Pengetua dan Perasmian.

10.00am

-Persembahan multimedia(photostory)-semasa di kem

10.15am

-Perbentangan Projek Cyberkids@SMK Warisan Global.

10.20am

-Penyampaian cenderamata kepada Tetamu  Kehormat

10.30am

- Penanaman Pokok Lada

1. Pengetua

2.Pengerusi PIBG

3.Wakil Guru

4.Peserta cyberkids

5. Wakil KTBM



( Lagu Anak Kita dan Harapan kita dimainkan)

 

12.00pm

Jamuan

12.30pm

-Bersurai


D. PENUTUP


Aktiviti pada hari pelancaran tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Para peserta Maxis Cyberkids telah memberikan kerjasama yang padu serta bersungguh-sungguh dalam menjayakan program tersebut. Selain daripada itu guru-guru juga telah menyumbangkan tenaga serta buah fikiran dalam merealisasikan projek 'From garden to Kitchen'. Diharapkan agar projek ini dapat menyumbangkan pengetahuan tentang khasiat dan fungsi sayuran kepada pelajar dan warga sekolah khususnya serta dapat mengeratkan lagi hubungan sosial antara pelajar dan guru.



 

This site is best viewed using Microsoft Internet Explorer 7.0 or higher, and Mozilla Firefox 3.0 or higher.
The views expressed on this site are the opinions of its content contributors and
in no way reflect the opinions of Maxis Cyberkids and Maxis Berhad.
Copyright © 2010 Maxis Berhad
Powered by