JIREH HOME dan YAYASAN SURIA adalah dua buah rumah kebajikan yang terletak di Daerah Tuaran. JIREH HOME yang terletak di Taman Sinar Jaya 2, Kampung Dungang Tuaran mengambil pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Mereka diambil untuk tinggal di rumah tersebut dan membantu mereka melanjutkan pelajaran. Pelajar-pelajar ini datang dari daerah-daerah terpencil contohnya, dari Pulau Banggi, Kudat, Pitas, dan Nabawan. Begitu juga dengan YAYASAN SURIA, terletak di Kampung Panjut Tuaran turut mengambilpelajar-pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan dan yatim piatu.
Berdasarkan perkara ini, kami berbesar hati memilih dua buah rumah kebajikan ini untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang pengetahuan IT dalam pertanian, kerana kebanyakan pelajar mempunyai latar belakang pertanian. Ini secara tidak langsung dapat menambah maklumat mereka dalam mengusahakan pertanian sama ada untuk kegunaan sendiri atau komersial.
OBJEKTIF PROGRAM :
1.Untuk memperkenalkan kepada masyarakat setempat tentang sayur-sayuran yang boleh dijadikan sebagai hiasan serta boleh mendatangkan pendapatan tambahan.
2.Mendedahkan warga Jireh Home dan Yayasan Suria tentang khasiat dan potensi sayur-sayuran untuk dijadikan sebagai hiasan di kawasan sekitar.
3.Mengeratkan silaturahim antara warga SMK Sri Nangka dengan penghuni JirehHome
dan Yayasan Suria melalui aktiviti komuniti Maxis Cyberkids.
4. Membuat aktiviti amal jariah kepada golongan kurang berkemampuan.
ANGGARAN KOS:
1.Cenderakenangan-RM50
2.Printing-RM50
3.Alatulis-RM50
4.Jamuan-RM500
5.Benih-RM20
6.Baja/Tanah-RM50
7.Pasu-RM50
8.Hadiah-RM100
9. Kain rentang-RM100
Jumlah Besar=RM970.00
AJK INDUK
Penaung:Pn. Zubaidah Hj. Ahmat
Guru Penasihat:Pn. Catherine Michael Staun
:Pn. Vianey Julianus
:Cik Aerene Gabriel
Pengerusi:Pn. Catherine Michael Staun
Naib Pengerusi:Pn. Vianey Julianus
Setiausaha:Aerene Gabriel
Bendahari:Pn. Vianey Julianus
AJK KERJA
Bil
Nama
Senarai Tugasan
1
Penaung
Pn. Zubaidah Hj. Ahmat
En. Mohd. Shahrail Yusof
Pn. Suriani Sewan
En. Maidol Enpau
-memberi pandangan, nasihat dan arahan-arahan berkaitan dengan pelaksanaan program.
2
Pengerusi
Pn. Catherine Michael Staun
Naib Pengerusi
Pn. Vianey Julianus
-memberi pandangan, nasihat dan arahan-arahan berkaitan dengan pelaksanaan majlis.
-memantau perjalanan program secara keseluruhan.
3
Setiausaha
Cik Aerene Gabriel
-menyediakan kertas kerja.
-menyiapkan surat jemputan mesyuarat
-memastikan buku aturcara disiapkan lebih awal.
-hal-hal lain yang berkaitan.
4
Bendahari
Pn. Vianey Julianus
-menyediakan anggaran perbelanjaan untuk Projek Komuniti Cyberkids
-memastikan kewangan untuk perbelanjaan projek komuniti telah diperolehi dan pembayaran dilakukan
-menyediakan penyata perbelanjaan selepas program dilaksanakan
-hal-hal lain yang berkaitan dengan tugas.
5
Juruacara
Shyaeerne Imbul
-menyediakan teks yang sesuai
6
Brosur/Buku aturcara
Pn. Catherine Michael Staun
Ust. Fauziah
-menyiapkan buku aturcara sebelum majlis berlangsung.
- memastikan para jemputan menerima buku aturcara
7
Persembahan multimedia
Pn. Vianey Julianus
-menyediakan persembahan multimedia
8
Persediaan Tempat
En. Stanley Sumping
-menyediakan dan menyusun atur tempat duduk VIP dan jemputan
-mengemas dan menyusun semula dewan selepas majlis.
9
Jurugambar /Dokumentasi
Pn. Catherine Michael Staun
-mengambil dan mendokumentasikan perjalanan program.
10
Jamuan
Pn. Lamini
-menentukan anggaran perbelanjaan jamuan
-menentukan menu yang sesuai berdasarkan peruntukan.
-menentu dan menyediakan tempat jamuan
11
PA sistem
En. Molison Bakaeh
-menyedia dan memastikan PA Sistem dalam keadaan baik dan berfungsi sepanjang majlis.
-memikirkan alternatif seandainya ketiadaan bekalan elektrik.
-memastikan keselamatan PA Sistem sebelum dan selepas majlis.
-menyimpan peralatan selepas majlis.
12
AJK peralatan
Pelajar Maxis Cyberkids
-menyediakan peralatan seperti laptop untuk aktiviti permainan
13
Kain Rentang En. Stanley Sumping
-menghias pentas mengikut kesesuaian majlis.
14
Aktiviti Permainan
ICT Treasure Hunt
-Pn. Vianey Julianus
Mewarna
- Cik Aerene Gabriel
-menyediakan permainan
-menyediakan peralatan permainan
-mengurus hal-hal yang berkaitan
15
Kebersihan
Pelajar Cyberkids
-menyediakan dan memastikan plastik sampah dan tong sampah mencukupi.
-memastikan kebersihan di dewan / tempat jamuan semasa dan selepas program.
16
Hadiah/Cenderakenangan
Cik Aerene Gabriel
-menentukan bentuk dan jumlah hadiah yang sesuai untuk hadiah
-memastikan peralatan yang digunakan ada (dulang, alas, meja)
-menyiapkan laporan anggaran perbelanjaan
17
Infodidik@net
Pn. Vianey Julianus
-memberi maklumat penggunaan internet/komputer tentang KitchenGarden
18
Sumbangan
Ust. Fakriah Mohamad
En. Suhairi
-mengurus sumbangan
19
Pameran
Pelajar Cyberkids
-mengurus pameran
20
Sambutan
Pelajar Ciberkids
-mengurus sambutan
21
Bacaan Doa
Ust Asqalani
-teks doa
TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi-Ketibaan para jemputan
8.15 pagi-Lagu Tema 'Anak Kita Harapan Kita'
-Bacaan Doa
8.30 pagi - Ucapan Pengetua SMK Sri Nangka, Tuaran
-Ucapan dari wakil JIREH Home
-Ucapan dari wakil YAYASAN Suria
-Penyerahan cenderakenangan
-Penyerahan benih sayuran
-Penyerahan sumbangan kepada wakil JERIH Home dan Yayasan Suria
-Pembentangan Proposal Projek oleh pelajar maxis cyberkids
- Persembahan multimedia (Sayur-sayuran hiasan)
- Lawatan ke ‘kitchen Garden’ / Pameran
10.30 pagi-Minum pagi
10.45 pagi-Etika Internet oleh pelajar maxis cyberkids
-Infodidik@net
·pendedahan penanaman dan pemasaran oleh Pn. Vianey
-Penggunaan Eduwebtv oleh Guru Perpustakaan dan Media
-Permainan Internet oleh Pn. Vianey
12.45 tgh-Makan tengahari
- Pertandingan Mewarna (Sayur) bagi pelajar sekolah rendah
-‘ICT Treasure Hunt’ (mencari nama saintifik, khasiat sayur-sayuran dan menu) bagipelajar sekolah menengah
-Demo memasak sayuran oleh puan pengetua
-Penyerahan hadiah kepada pemenang
3..00 ptg-Bersurai
PENUTUP
Diharapkan agar projek ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan dapat memanfaatkan pihak rumah kebajkan yang disasarkan. Selain daripada itu diharapkan juga supaya para pelajar dan pihak JIREH Home/YAYASAN Suria akan lebih mengetahui tentang kepentingan sayuran sebagai hiasan serta khasiat yag diperolehi darinya. Justeru itu pihak kami amat mengalu-alukan kepada mereka agar menggunakan ilmu yang diperolehi tentang cara-cara mengakses maklumat tentang sayuran hiasan (kitchen garden) melalui internet.