Home  Teams  SMK Pekan II Kota Belud   Guest (guest) | Sign-in  

Laporan Cyberkids@School

Laporan Cyberkids@School

2009-07-13 08:53:37

 LAPORAN MAJLIS PELANCARAN MAXIS CYBERKIDS

 SMK PEKAN KOTA BELUD II

 

Tarikh

:

29 JUN 2009

Masa

:

8.00 pagi

Tempat

:

Dewan SMK Pekan Kota Belud II

 

 

 

Sasaran

:

Warga SMK Pekan Kota Belud II

 

 

 

Tentatif Program

:

7.00 pagi – ketibaan pelajar

7.40 pagi – ketibaan pengetua

7.50 pagi – ketibaan YDP PIBG

8.00 pagi – Ucapan alu-aluan oleh pengerusi Majlis

9.10 pagi – Bacaan Doa (Amir Hamzah Ismail

9.20 pagi – Ucapan Pengetua SMK Pekan Kota Belud II

9.40 pagi – Ucapan dan Perasmian majlis oleh YDP PIBG

10.00 pagi – Tayangan slide aktiviti maxis cyberKids

10.20 pagi – Sesi memperkenalkan ahli cyberkids kepada semua

                    warga seklolah dan tetamu yang hadir.

10.30 pagi – Penyampaian cenderahati kepada perasmi.

10.40 pagi – Jamuan Ringan.

11.00 pagi – Taklimat dan aktiviti cyberkids

12.00 t.hari – penyampian hadiah kepada para pemenang.

1.00 ptg – bersurai.

Ringkasan Ucapan Pengetua

 

En Jamal Roslan (Penolong Kanan Pentadbiran) bagi pihak pengetua menyampaikan salam daripada tuan pengetua yang tidak dapat hadir bersama dalam mejlis pelancaran maxis cyberkids peringkat sekolah kerana  menghadiri majlkis rasmi anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Seterusnya beliau memaklumkan bahawa tuan pengetua melahirkan harapan yang tinggi terhadap program maxis cyberkids peringkat sekolah agar dapat meningkatkan lagi minta dan ilmu pengetahuan warga sekolah terhadap ICT.  Ahli Cyberkids yang diberi peluang  mengikuti Camp peringkat negeri yang lalu diharapkan agar dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada rakan-rakan yang lain.

 

Bagi pihak sekolah, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada pihak maxis kerana menganjurkan program seumpama ini bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan ICT di kalangan masyarakat. SMK Pekan Kota Belud II adalah sekolah yang bertuah kerana terpilih sebagai antara sekolah yang terpilih di kalangan sekolah yang terdapat di Malaysia bagi megikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa pihak sekolah dengan sedaya upaya membantu dan memberikan sokongan penuh terhadap  program-program yang akan dijalankan oleh cyberkids peringkat sekolah bagi menyebarluaskan maklumat dan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang  ICT.

 

 

 

 

Catatan:

 

  1. YDP PIBG tidak dapat hadir dalam majlis pelancaran maxis CyberKids kerana komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

 

  1. Pengetua dalam mesyuarat pelaksanaan aktiviti cyberkids memaklumkan bahawa Majlis Perasmian Projek CyberKids Sekolah akan diadakan dengan mencadangkan agar majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud. Majlis ini akan diadakan pada bulan September.
This site is best viewed using Microsoft Internet Explorer 7.0 or higher, and Mozilla Firefox 3.0 or higher.
The views expressed on this site are the opinions of its content contributors and
in no way reflect the opinions of Maxis Cyberkids and Maxis Berhad.
Copyright © 2010 Maxis Berhad
Powered by