LAPORAN RINGKAS PROGRAM CYBERKIDS@SCHOOL SMK ARSHAD (SMARD)
Tarikh :
24 Jun 2009 ( Rabu)
Tempat : Dewan SMK Arshad Kota Belud
Aturcara Majlis Pelancaran :
07.00 PAGI - Ketibaan Pelajar dan guru
07.30 PAGI - Ketibaan tetamu jemputan
08.15 PAGI - Ketibaan En Jame Alip,Pengarah Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
08.25 PAGI - Bacaan doa
08.30 PAGI - Ucapan:
1. Pengetua SMK Arshad, Kota Belud
2. Perasmian oleh
En Jame Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pembentangan Projek oleh Cyberkids@School SMK Arshad
Penyampaian Hadiah
Penyampaian Cenderahati kepada VIP
Jamuan
12.00 T/HARI - Bersurai
Info Hari Pelancaran :
Pelancaran Cyberkids@School di adakan semasa Hari Koperasi Sekolah. Secara keseluruhannya, pelancaran rasmi SMARD cyberkids@school berjalan seperti yang dirancang. Pelancaran rasmi telah memberikan informasi kepada para hadirin tentang perjalanan SMARD cyberkids team sebelum ini dan ke mana selepas ini sebagaimana dalam ucapan Puan Pengetua SMK Arshad.
Dalam majlis ini SMARD cyberkids team juga telah berpeluang memperkenalkan projek mereka iaitu "Projek Mini Cili Fertigasi" melalui pembentangan selama 15 minit di hadapan para hadirin.
Program SMARD cyberkids dijangka akan berterusan pada minggu akan datang dengan aktiviti tumpuan adalah "Treasure Hunt". Di samping itu kerja-kerja melibatkan pengurusan tapak projek akan bermula hujung minggu ini bermula dengan proses penyediaan biji benih, media tanamandan seterusnya lawatan ke beberapa tempat yang berkaitan dengan projek.
Upacara pelancaran rasmi SMARD cyberkids sempena Hari Koperasi Sekolah berakhir jam 11.45 pagi. Sekalung penghargaan kepada En Noorazmar omar, Pengelola Bahagian Kokurikulum, KPM kerana sudi melancarkan smard cyberkids@school dengan rasminya. Juga penghargaan terimakasih kepada semua tetamu jemputan khas yang hadir semasa hari pelancaran.
Dengan pelancaran rasmi tersebut, ahli-ahli SMARD cyberkids ternyata seperti mendapat suntikan semangat untuk merealisasikan Projek Mini cili Fertigasi SMARD sebagaimana yang dirancang. SMARD Boleh!!