Home  Teams  SMK Jalan Arang   Guest (guest) | Sign-in  

Objektif / Matlamat

Objektif / Matlamat Sekolah

2009-05-28 10:56:01

 OBJEKTIF/MATLAMAT SEKOLAH

 

Keputusan akademik pelajar cemerlang dan sentiasa mengatasi peratus kelulusan peringkat negeri dan kebangsaan

Kelas aliran sains akan bertambah

Pelajar memiliki ilmu luas dan mempunyai pelbagai kemahiran:

                kemahiran belajar

                kemahiran berfikir

                kemahiran bahasa dan komunikasi

                kemahiran komputer

                kemahiran sains dan teknologi

Pelajar berkeyakinan tinggi dalam usaha mengatasi pelbagai cabaran hidup

Pelajar  cemerlang dalam kegiatan ko-kurikulum seperti sukan/permainan, persatuan dan kelab dan badan beruniform di peringkat negeri dan kebangsaan

Pelajar mengutamakan keamanan dan menghormati orang lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama mahupun latar belakang

Pelajar menghargai dan mengutamakan peranan sekolah

Pihak pengurusan dan guru serta kakitangan sokongan guru dan pelajar, pelajar dan pelajar sentiasa bekerjasama, berkomunikasi, dan mempunyai hubungan mesra dalam amalan harian.

Waktu pembelajaran dalam kelas (Akademik Learning Time - ALT) dimaksimakan pada setiap waktu pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan berkesan, bersesuaian, dan berpusat kepada pelajar dilaksanakan dalam kelas untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

Guru mempunyai tahap profesionafisme yang tinggi dan mengutamakan perkembangan berterusan dalam usaha menjaga imej dan martabat keguruan

Guru bersedia menerima perubahan yang sihat walaupun mencabar

Bimbingan dan usaha bersama dengan komuniti luar diperluaskan

Persekitaran dan kawasan sekolah indah, bersih dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran setiap masa

Kemudahan canggih dan terkini dilengkapkan di sekolah untuk menyenangkan dan meningkatkan hasil kerja pendidikan di sekolah.

This site is best viewed using Microsoft Internet Explorer 7.0 or higher, and Mozilla Firefox 3.0 or higher.
The views expressed on this site are the opinions of its content contributors and
in no way reflect the opinions of Maxis Cyberkids and Maxis Berhad.
Copyright © 2009 Maxis Berhad
Powered by