|
Cyberkids@school
Pada 20 Oktober sekolah kami telah melancarkan Cyberkids@school di Bilik Mesyarat SMK Tunku Panglima Besar . Cyberkids@school di sekolah kami dirasmikan oleh Tuan Hj. Muhammad Azmi Bin Abdullah dan Puan Hajah Radziah selaku Penolong Kanan Pentadbiran sekolah kami.
Seramai 30 orang tetamu yang hadir untuk memeriahkan lagi Cyberkids@school di sekolah kami . Selain itu , ahli-ahli Cyberkids@school di sekolah lain juga turut hadir . Setiap ahli Cyberkids di sekolah kami diberi tugasan masing-masing . Perasmian ini diadakan pada pukul 2:30 petang sehingga 4:00 petang .
Semasa pelancaran Cyberkids@school kami telah membentangkan projek sekolah kami iaitu Simenferro . Perbentangan projek sekolah kami menggunakan multimedia . Kami juga telah menerangkan sedikit sebanyak tentang blog sekolah kami . Akhir sekali , kami juga telah mengadakan jamuan ringan kepada para tetamu.
|