Home  Teams  SMK Putatan   Guest (guest) | Sign-in  


 


SMK Putatan
Peti Surat 96, 88858, Tanjung Aru, Sabah


VISI

MEREALISASIKAN SMK PUTATAN PENAMPANG SEBAGAI SEKOLAH GEMILANG DAN TERUNGGUL MENJELANG 2010

 

 

MISI

  •  

     

     Menyediakan fasilitis pendidikan yang berkualiti dan kondusif sesuai dengan perkembangan mutakhir pendidikan negara khusus dalam bidang teknologi maklumat (ICT).

     

  •  

     

     

    Mendidik pelajar dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti agar memperoleh kecemerlangan khususnya dalam peperiksaan PMR,SPM dan STPM.

  •  

     

     

    Melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, kreatif serta berketerampilan dan mampu berdaya saing dalam menghadapi dunia era globalisasi.

  •  

     

     

    Mengamalkan budaya kerja cemerlang bertaraf dunia di kalangan warga sekolah.

  •  

    Mewujudkan permuafakatan dan perpaduan di kalangan komuniti.

    Pendidik

     

    Kami berikrar akan :
    1.  Mengamalkan stail pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang dengan  memastikan semua staf sekolah ini mengurus kerja dengan dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, komited dengan cekap, pantas dan bijaksana.
    2.  Berusaha memberikan pendidikan terbaik melalui penghayatan budaya ilmu.
    3.  Memantapkan  budaya cemerlang dalam semua bidang pendidikan baik melalui akademik atau ko-kurikulum.
    4.  Mengamalkan perkhidmatan penyayang dan membentuk sekolah berbudaya penyayang.
    5.  Memantapkan unsur perpaduan dan permuafakatan dengan pihak ibubapa dan  masyarakat serta menjalin hubungan yang harmonis demi kebaikan bersama.
    6.  Sentiasa berusaha mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan  di samping persekitaran yang bersih ,indah dan kondusif.
    7.  Berusaha meningkatkan kegemilangan dan menjaga martabat profesion keguruan.

    Pelajar

     

     

    Kami berikrar akan :
    1.      Sentiasa berusaha menjaga nama baik SMK Putatan dan meningkatkan imej dan maruah SMK Putatan hingga disegani dan dikagumi di persada pendidik peringkat negeri Sabah mahupun di peringkat kebangsaan.
    2.
          Berusaha gigih , berikhtiar dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun kegiatan ko-kurikulum demi menjulang dan mengharumkan nama baik sekolah di peringkat daerah, bahagian, negeri atau peringkat kebangsaan.
    3.
          Berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan dan mempamerkan akhlak dan moral yang tinggi seterusnya menjadi insan yang kamil selaras dengan Falsafah Pedidikan Negara (FPN).
    4.
          Sentiasa patuh , taat dan mengamalkan budaya kasih-mengasihi, hormat-menghormati,beradab dan bersopan santun terhadap rakan-rakan kami, ahli masyarakat, ibu/bapa dan khasnya kepada guru-guru kami.
    5.
          Sentiasa berusaha mengamalkan budaya bersaing, kreatif dan berketrampilan kearah kecemerlangan dan mencapai visi dan misi wawasan 2020.

    Ibu bapa dan Penjaga

    Kami berikrar akan :
    1. Memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kepimpinan dan pengurusan sekolah serta seluruh warga pendidik yang diamanahkan untuk menajukan anak-anak kami, sebagaimana terkandung dalam piagam pendidik SMKP.
    2. Sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
    3. Sentiasa prihatin dan mengambil berat hal-hal pembelajaran dan persekolahan anak-anak kami sama ada di rumah atau di sekolah.
    4. Sentiasa berikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada setiap tindakan dan keputusan pihak sekolah di dalam menangani masalah disiplin anak-anak kami.
    5. Sentiasa memastikan anak-anak kami hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
    6. Sentiasa berusaha sedaya-upaya membantu pihak sekolah melengkapkan prasarana pembelajaran agar anak-anak kami dapat belajar dalam suasana selesa dan berkesan /efektif.

    Lencana Sekolah

     

    PENGERTIAN WARNA DAN SIMBOL

    Warna
      
     
         Hijau    Kesopanan
         Biru    Keharmonian dan kedamaian
         Merah    Berani dan tegas
       

    Simbol
      
     
    Gunung Kinabalu Lambang kemegahan negeri Sabah. Menggambarkan pelajar-pelajar sekolah yang bersemangat gigih mendukung cita-cita hingga ke puncak kejayaan.
    Jentera Membajak Teknologi dalam bidang pertanian yang semakin maju. Melambangkan hasrat sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu dan berkemahiran bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan masa depan yang lebih baik.
    Alat-alat Ukur Kemajuan negara dalam bidang sains dan teknologi. Menggambarkan bentuk pendidikan yang diajar kepada pelajar-pelajar selaras dengan kemajuan negara dalam bidang tersebut.
    Alat-alat Bengkel Kemajuan negara dalam bidang perindustrian. Bahawa pelajar-pelajar sekolah ini tidak ketinggalan dengan arus perdana negara yang menagih ketrampilan menyeluruh pelajar untuk berbakti kepada negara kelak.

    Matlamat Sekolah

    1. Pelajar-pelajar diberi ilmu pengetahuan yang berkualiti secukupnya agar mereka memperolehi kejayaan yang maksima.
    2. Mempertingkatkan prestasi akademik khasnya dalam peperiksaan PMR dan SPM.
    3. Membentuk pelajar yang berwibawa, berdisiplin, prihatin, amanah, bertanggungjawab dan berbudaya saing untuk merealisasikan matlamat pendidikan.
    4. Mewujudkan budaya penyayang di kalangan warga sekolah dan menanam perasaan bangga terhadap sekolah.
    5. Mewujudkan budaya suka membaca di kalangan pelajar dan guru.
    6. Mewujudkan suasana dan iklim persekitaran sekolah yang baik dan menarik.
    7. Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan, kreatif, inovatif dan cemerlang.
    8. Mewujudkan Budaya Kerja Cemerlang di kalangan kakitangan sekolah.



Journal

 

Techno Toilet

Nora Rashid, 18/10/2008 12:04pm

Redefine the Toilet..

 0 comment(s) Read more »

Gallery

 
Image preview

School Introduction

Nora Rashid, 15/10/2008 3:09pm
 0 comment(s)
Image preview

Lencana Sekolah

Nora Rashid, 20/09/2008 3:54pm
 0 comment(s)
Image preview

SMK Putatan Team 2

Nora Rashid, 20/09/2008 3:48pm
 0 comment(s)
Image preview

SMK Putatan Team

Nora Rashid, 20/09/2008 3:15pm
 0 comment(s)
This site is best viewed using Microsoft Internet Explorer 7.0 or higher, and Mozilla Firefox 3.0 or higher.
The views expressed on this site are the opinions of its content contributors and
in no way reflect the opinions of Maxis Cyberkids and Maxis Berhad.
Copyright © 2010 Maxis Berhad
Powered by